hati

hati
Bismillahirrahmanirrahim

Dimulakan dengan nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Kenapa Allah menyuruh manusia terutamanye orang islam memulakan sesuatu dengan basmalah?? kenapa tidak alhamdulillah? kenapa tidak subhanallah?? cube kite fikirkan… (dok salu pikir pasal ken9 jee…bek pikir bende gini..hehe)

hati ku milik-Mu…
blog yg kedua kalau x silap sy.hati merupakan 3 benda asas pada hakikat penciptaan manusia. seperti dalam hadis arbain,hadis yang ke-6…

Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu terdapat segumpal daging, bila ia baik makan baiklah seluruh jasad itu, dan bila ia rosak maka rosaklah pula seluruh jasad, ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati -HR Bukhari dan Muslim

hati,
sekiranya kau baik,
maka baiklah jasad ini,

hati,
sekiranya kau buruk,
maka buruklah jasad ini,

wahai hati,
didiklah dirimu dengan alquran,
terjemahkanlah ia dengan perbuatan,
moga ia mendapat kekuatan,
harungi hidup penuh dugaan.

oh hati,
kembalilah kepada pencipta-Mu,
kerna hati ini milik-Mu…

Leave a comment