hati

hati
Bismillahirrahmanirrahim

Dimulakan dengan nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Kenapa Allah menyuruh manusia terutamanye orang islam memulakan sesuatu dengan basmalah?? kenapa tidak alhamdulillah? kenapa tidak subhanallah?? cube kite fikirkan… (dok salu pikir pasal ken9 jee…bek pikir bende gini..hehe)

hati ku milik-Mu…
blog yg kedua kalau x silap sy.hati merupakan 3 benda asas pada hakikat penciptaan manusia. seperti dalam hadis arbain,hadis yang ke-6…

Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu terdapat segumpal daging, bila ia baik makan baiklah seluruh jasad itu, dan bila ia rosak maka rosaklah pula seluruh jasad, ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati -HR Bukhari dan Muslim

hati,
sekiranya kau baik,
maka baiklah jasad ini,

hati,
sekiranya kau buruk,
maka buruklah jasad ini,

wahai hati,
didiklah dirimu dengan alquran,
terjemahkanlah ia dengan perbuatan,
moga ia mendapat kekuatan,
harungi hidup penuh dugaan.

oh hati,
kembalilah kepada pencipta-Mu,
kerna hati ini milik-Mu…

Advertisements

sunyi

Bismillahirrahmanirrahim…

sunyi nye~~~~~

xde sape ke nk meriahkan blog kizuna ni????

hehehe…

taubat

wahai Tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai Tuhan aku lemah
hina berlumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang Maha Pengampun Dosa

ya Rabbi izinkanlah
aku kembali padaMu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambaMu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang Maha Pengampun Dosa
berikanlah aku kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali kepadaMu

dan mungkin tak layak
sujud padaMu
dan sungguh tak layak aku

kosa cita…

selalu mengimpikan perkongsian satu,
selalu mendambakan citamu citaku,
minatmu minatku,sukamu sukaku,
pingin merasakan bahagianya bulbul,
sehingga kesukaanmu kita hayati satu..
kerna janji kita dulu..
jejaki syurga langkah yg satu..

- mama -

Dialog best..

Dipetik dari buku ‘ 37 Kisah Kehidupan Tabi’in ‘ – Dr Abdul Rahman Ra’fat al-Basha volume ke-2

Salamah bin Dinar

(masyhur dengan panggilan Abu Hazim al-A’raj)

Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik pergi ke tanah suci untuk menunaikan haji. Kedatangan Khalifah Sulaiman disambut oleh pemimpin dan tokoh2 ilmuan di Madinah .Walau bagaimanapun, Salamah bin Dinar, seorang hakim di Madinah dan ilmuan yang berpengaruh serta seorang imam yang dihormat, tidak ada bersama orang2 yang menziarahi dan menyambut khalifah.

Setelah selesai menyambut kesemua tetamu, Sulaiman bin Abdul Malik berkata kepada hadirin, “Jiwa ini akan berkarat, sama seperti besi jika tidak ada sesiapa yang mengingatkannya dari semasa ke semasa dan tiada sesiapa menggilap karatnya.”

Salamah bin Dinar dijemput untuk menasihatkan mereka. Apabila Salamah taba, Sulaiman menyambut dan mempersilakannya duduk berhampiran dengannya. Apabila beliau sudah duduk, Sulaiman berkata kepadanya sambil menegur tindakannya.

“Kenapa hambar sahaja, wahai Abu Hazim?”

“Apakah yang hambar, wahai Amirul Mukminin?”

“Semua orang menziarahi saya tetapi engkau tidak!!”

“Hubungan hambar hanya selepas kenal-mengenali.Sedangkan engkau tidak pernah mengenali saya sebelum ini dan saya juga tidak pernah melihat engkau. Apakah yang hambar daripada tindakan saya ini?”

Sulaiman pun memulakan soalannya.

“Wahai Abu Hazim, kenapa kita takutkan mati?”

“Sebab kita terlalu membangunkan dunia dan kita musnahkan akhirat kita. Jadi, kita tidak suka untuk keluar dari dunia yang kita bangunkan ke akhirat yang kita telah musnahkan.”

“Siapakah pula orang yang paling pintar?”

“Orang yang mengetahui cara untuk mentaati Allah kemudian dia mengamalkannya dan kemudian dia membimbing orang lain untuk mengamalkannya.”

“Siapakah pula manusia yang paling bodoh?”

“Orang yang menurut kemahuan sahabatnya sedangkan sahabatnya itu zalim. Dia mempertaruhkan akhiratnya semata-mata demi dunia orang lain.”

Dalam kisah yang lain, Abdul Rahman bin Jarir dating bersama anaknya menemui Abu Hazim. Abdul Rahman bin Jarir pun memulakan bicara.

“Bagaimana kita mampu membuka hati ini?”

“Apabila jiwa ini dibersihkan, segala dosa-dosa akan diampunkan. Apabila seorang hamba berazam untuk meninggalkan dosanya, akan terbukalah pintu hatinya. Wahai Abdul Rahman, jangan lupa walau sekecil mana sekalipun dunia ini, ia akan melalaikan kita daripada akhirat. Setiap nikmat yang tidak mendekatkan kita kepada Allah sebenarnya adalah bala.”

“Engkau selalu menggalakkan kami bersyukur, wahai Abu Hazim. Apakah sebenarnya syukur itu?”

“Setiap anggota yang kita miliki ini mewajibkan kita supaya bersyukur.”

“Apakah kesyukuran mata ini?”

“Jika dengan mata ini engkau melihat kebaikan nyatakanlah ia. Jika dengan mata ini engkau melihat keburukan sembunyikanlah ia.”

“Apakah pula kesyukuran telinga ini?”

“Jika dengan telinga ini engkau mendengar kebaikan peliharalah ia. Jika dengan telinga ini engkau terdengar keburukan kuburkanlah ia.”

“Apakah kesyukuran dengan tangan ini?”

“Jangan engkau gunakan tangan ini untuk mengambil sesuatu yang bukan hakmu dan jangan engkau gunakan tangan ini untuk menghalang hak Allah.Engkau jangan lupa wahai Abdul Rahman, orang yang hanya bersyukur dengan lidahnya tanpa disertai oleh anggota-anggota dan hatinya yang lain, dia sebenarnya umpama orang yang mempunyai pakaian tetapi hanya memegang tidak memakainya. Pakaiannya tidak mampu memelihara badannya daripada panas ataupun sejuk.”

untuk full version, bacalah buku tu ek! 🙂

Jaulah Hokkaido

Bismillahirrahmanirrahim

syukur alhamdulillah selamat sudah jaulah ke hokkaido. moga perjalanan ini dirahmati oleh Allah SWT.

so di hokkaido kitorg sempat melawati hakodate, sapporo dan masjid hokkaido. Semasa berada dlm jaulah setiap dr kitorg nih kene bentangkan kisah 10 sahabat yang dijamin syurga. Untuk bahagian sy ialah Abu Ubaidah Bin Al Jarrah. sape sebenarnya abu ubaidah al jarrah ni? kenapa dia terpilih dlm 10 sahabat yang masuk syurga? apa pengorbanan nye?

>>>>>> baca seterusnya <<<<<<

Abu Ubaidah Al Jarrah atau nama sebenarnya ialah Amir bin Abdullah bin Jarrah Al Fihri Al Quraisyiy. Dalam Sabda Rasulullah SAW

“Sesungguhnya setiap umat mempunyai org kepercayaan dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah”

Dalam satu kisah rombongan kristian datang menemui Rasulullah SAW untuk meminta diutuskan kepada mereka seseorang dari kalangan sahabat yang bole menghakimi mereka dalam kes harta dan pertelingkahan mereka. Rasulullah SAW berkata bahawa dia akan mengutuskan sahabatnya itu. Semasa itu Umar Al Khattab yang mendengar pasal hal itu tertanya tanya siapakah gerangannya orang yang paling amanah dikalangan sahabat dan dia merasakan dirinya bakal diutuskan tetapi Rasulullah SAW memilih Abu Ubaidah Al Jarrah. Pendek kata disini, Abu Ubaidah Al Jarrah lebih menyerlah dlm sifar keperibadian.

Di dalam kisah Perang Badar(kalau x silap), Abu Ubaidah telah membunuh ayahnya yang berada di pasukan musyirikin sehingga turunnya ayat al Quran mengenai beliau dalam surah al mujadalah ayat 22.

“Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.”

Pada saat kematian nye, iaitu ketika zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab, Abu Ubaidah Al Jarrah telah memimpin pasukan tentera di syam dan pada masa itu syam dilanda wabak taun. Melihatkan keadaan itu, saidina Umar menulis surat kepada nya memanggil supaya kembali kerana ada urusan tp sebenarnya adalah untuk memanggil Abu Ubaidah supaya kembali. Tetapi Abu Ubaidah telah membalas surat Saidina Umar dan meminta supaya digugurkan arahan itu kerana beliau mahu berjuang bersama sama tenteranye.Apabila Saidina Umar menerima surat itu, beliau menangis kerana dia tahu abu ubaidah sudah menjangkakannya.

semasa dpt tugasan nih x tau pon sape sebenarnya abu ubaidah nih. penah dengar tp xnk amik tahu pon..seorang pahlawan islam yang sangat hebat, kisah nya yg menarik sy ada waktu dia membunuh ayahnya. sebabnya, seorg ayah sudah tentu menyayangi anak nya dan seorang anak sudah tentu menyayangi ayahnya tp kerana taatnya kepada agama, dan kerana Haq yang mesti ditegakkan, dia telah membunuh ayah nya dlm peperangan sehingga turun ayat al quran khas utk nya. bayangkan klu kita dlm baai camtu, sekarang ni mak x bg pergi prog pon kite dah x tahan… semoga citer abu ubaidah al jarrah nih mampu meningkatkan keimanan kite kepada Allah SWT…

-aku seorang perantau-

The Most Merciful Gave Us Clues

A sliced Carrot looks like the human eye The pupil, iris and radiating lines look just like the human eye…and YES science now shows that carrots greatly enhance blood flow to and function of the eyes.

A Tomato has four chambers and is red. The heart is red and has four chambers. All of the research shows tomatoes are indeed pure heart and blood food.

Grapes hang in a cluster that has the shape of the heart. Each grape looks like a blood cell and all of the research today shows that grapes are also profound heart and blood vitalizing food.

A Walnut looks like a little brain, a left and right hemisphere, upper cerebrums and lower cerebellums. Even the wrinkles or folds are on the nut just like the neo-cortex. We now know that walnuts help develop over 3 dozen neuron-transmitters for brain function.

Kidney Beans actually heal and help maintain kidney function and yes, they look exactly like the human kidneys.

Celery, Bok Choy, Rhubarb and more look just like bones. These foods specifically target bone strength. Bones are 23% sodium and these foods are 23% sodium. If you don’t have enough sodium in your diet the body pulls it from the bones, making them weak. These foods replenish the skeletal needs of the body.

Eggplant, Avocadoes and Pears target the health and function of the womb and cervix of the female – they look just like these organs. Today’s research shows that when a woman eats 1 avocado a week, it balances hormones, sheds unwanted birth weight and prevents cervical cancers. And how profound is this? …. It takes exactly 9 months to grow an avocado from blossom to ripened fruit. There are over 14,000 photolytic chemica l cons tituents of nutrition in each one of these foods (modern science has only studied and named about 141 of them).

Figs are full of seeds and hang in twos when they grow. Figs increase the motility of male sperm and increase the numbers of sperm and will help to overcome male sterility.

Sweet Potatoes look like the pancreas and actually balance the glycemic index of diabetics.

Olives assist the health and function of the ovaries

Grapefruits, Oranges , and other Citrus fruits look just like the mammary glands of the female and actually assist the health of the breasts and the movement of lymph in and out of the breasts.

Onions look like body cells. Today’s research shows that onions help clear waste materials from all of the body cells They even produce tears which wash the epithelial layers of the eyes

 

Worship The Creator not the creations

rEhLah @ nIkKo

waktu yg pantas berlalu @ kita yg leka sehingga ditinggal waktu..

ayat ni 1st time jumpe waktu bace majalah kat mesia la..
mle2 bace, rase tersentak gak.. ye la..
“waktu yg pantas berlalu atau kita yg leka sehingga ditinggal waktu”
kalau nk diikutkan, waktu tu takkan berhenti..
walaupun kite tutup alarm jam loceng yg membingitkan telinga sebb malas nk bagun pg2,
ataupun kita keluarkan bateri jam supaya jarum jam berhenti berdetik,
hakikatnya, waktu tak pernah berhenti.
tetap bergerak tanpa kita sedari…

kalo nak kata kita ni leka.. hmm.. ada yg nk ngaku ker???
mungkin ada sesetengah kita merasakan masa terlalu cepat berlalu..
rasa macam baru smlm smpai jepun, baru seminggu masuk JAD, baru sebulan abis SPM..
adakah kerana terlalu kurangnya perkara berfaedah yg kita lakukan sehingga masa yg berlalu terasa seakan tiada ertinya..?

semoga cuti natsu yg agak pjg ni, diisi dgn perkara2 berfaedah supaya kelak aku tidak menyesal mensia2kan setiap detik yg Allah kurniakan pd aku. Kerana tanpa sedar, semakin berlalu detik2 kehidupan kita, semakin hampir kita dengan kematian. manusia sering terlupa adanya hakikat kematian. apabila manusia lupa adanya mati, dan merasa yg mereka akan hidup tanpa mati, kerana itu, mereka hidup bermatlamatkan dunia.. sedar tak kita..bila kita buat something.. kita buat utk ape? cth, kita makan sebb nk kenyang.. mmgla.. tp pernah terfikirkah kita, dr mana dtgnya kenyang tu..? andai Allah tak nak bg kita kenyang walau kita makan byk mana pun, akan kenyangkah kita..? kalau kita makan sebb nk kenyang, dan andai nikmat kenyang tu ditarik dr kita, kita akan kehilangan sebab utk makan.. jd.. berusahalah utk melakukan segala sesuatu dlm hidup ini semata-mata kerana Allah..kerana hanya Dia yg kekal. walau apa yg terjadi, kita xkn kehilangan tujuan utk apa2 pun.. sebab kita tahu Allah ada.. tanpa kita sedar, sebb kita mmg slalu lpe.. ada org mempersoalkan, kalo ngadu kat orang @ manusia, orang tu boleh tenangkn kita ataupun bg nasihatkn kita..tp kalau Allah..?
sedar tak kita, desiran angin yg bertiup, bunyi dedaunan berguguran, semuanya menandakan kehadiran Allah di sisi kita. tapi manusia mmg tak pernah cuba nk memahami.. insiden yg berlaku baru2 ni benar2 mengajar yg kita tak perlu meletakkan pergantungan pd selainNya. Cukuplah hanya Allah tmpt kita bergantung. kalau kita cube nak fikir ape hikmah di sebalik semua kejadian yg berlaku di sekeliling kita, confirm, kita akan rasa betapa dalamnya kasih syg Allah. ada juga org mempersoalkan yg doanya tak diterima.. sblm perkara itu dipersoalkan, tnye diri sendiri balik, adakan semua perintah Allah anda laksanakan DAN semua larangan Allah anda jauhi..? kalau ye.. masyaAllah.. mmg x de la kan.. x payah nk fikir jauh2, dlm sejam ntah2 dlm seminit pun dh brapa byk dosa kita buat. mengumpat org, buat bnde yg ntah hapa2@membazir masa, semuanya meninggalkan titik hitam dalam hati, tanpa kita sedari sebb kita dh terlalu biasa dgn keadaan tu. org kata, ‘dek kerana terbiasa’. takkan nk salahkn keadaan jer..? keadaan tu tak buat apa2 pun.. abis tu nk salahkn sape? cubela fikir sket.. sape yg corakkan keadaan tu kalau bukan MANUSIA sendiri. untuk menjadikan keadaan tu sesuatu yg positif, yg kena dan perlu diubah adalah manusianya. keadaan tu mmg x bole buat apa2…

disebabkan baru abis xm td,  citer sket ar pasal xm kat cni..
kalau hari2 biasa, library tu mmg x penah penuh. sesuke hati jer nk duduk kat maner. nk gne dua meja skaligus pun bole, sebb mmg sgt x ramai manusia yg dok kat library tu..
tp, mggu xm ni, nk masuk library pun kna beratur!
punyela nk sgt dpt tmpt..sebb nk study.. hari2 biasa x nk plak..
sensei2 mesti sgt seronok tgk student2 die rajin2 belaka..haha..
ye ar.. sape yg nak fail.. confirm x de pnye.. penat2 dtg kelas..
ending die fail.. wat ape.. membazir je.. tul x..? mestila nk berjayakn..
kalau bole dgn cemerlang.. kalau kat nihon ni nk S semua..
semua jd rajin sebb x nk fail@nak berjaya dlm xm.. nasib baik ade jadual xm..
bole la susun jadual nk belajar, wpon study last minute.
tp sebb ade kakoumon, bole lakot ek rileks lg..
tp…pernah terfikir tak kita, xm kat akhirat nnt, kita berjaya ke tidak..?
kalau kat dunia, jadual xm kita tau..
tapi..kita tau ker kita mati bile..? mane nk carik jadual kematian..?
mmg x de.. abis tu cam ner nk study last  minute kalo last minutenye pun x tau..?
kalo study, punyela beria x nk gagal, tp kat akhirat kalau gagal x per ker..?
ade ker istilah ryuunen kat akhirat..? mintak maaf laa.. mmg x de..
abis tu nk wat cam ner..? Allah dh bgtau dlm Quran.. hanya Dia yg tau bila hari kiamat dan bila seseorang manusia tu akan mati . yg paling pntg, SEMUA YG HDUP AKAN MATI..

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” [3:185]

Tp, pd yg tak percaya akan hakikat kematian.. dan perhimpunan di mahsyar…
semoga kita dijauhkan dari menjadi insan2 seperti itu..

sesungguhnya ini hanya luahan rasa yg bertujuan utk menyedarkan diri ini dr terlelap atau terlena mahupun terleka.
“Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yg kamu tiada mengerjakan.”[61:2~3]
semoga kita sentiasa berusa utk menjadi hamba Allah yg lebih baik setiap hari. kita mmg takkan jadi sempurna, tapi itu bukan alasan utk berhenti berusaha..!

My Heaven’s Keys




A glance view from the heaven’s gate,

There are people just standing in grieve,
smelling the nice perfume of heaven by far
coz they dont have heaven’s keys.

There are also people passing through it,
by flying
by running
by walking
by crawling

Watever the method is,
they all have heaven’s keys.

I was born with heaven’s keys
somehow i dropped it somewhere
will i make it in time to find it?
or will i not?

There is only one way
to get it back
is to ask thy Lord
to show me
where my heaven’s keys are

And when ive got it,
i must make sure,
that it wont again slip away
coz if it does,
there is no guarantee
if i’ll get it back or not.

« Older entries