Archive for Motivations

Ku tadah tangan.. pada-Nya

Assalamualaikum..

Doa2 ni bila bace maksud dia, best sangat. Rasa macam best je kalau dapat kongsi dengan semua. (Dipetik dari buku bertajuk ‘Amalan Harian Sepanjang Zaman’ : Al-Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus)

Doa yang digalakkan dibaca apabila menemui jalan buntu dalam sesuatu masalah

Maksud:

Ya Allah aku mengakui kepadaMu lemahnya kekuatan diriku, sangat terbatasnya kecerdasanku dan kehinaan diriku atas manusia, dengan rahmat Engkau Ya Allah Tuhan Pemelihara sekalian alam. Engkaulah Tuhan Pemelihara sekalian orang-orang dhaif,Engkaulah Tuhanku, kepada siapakah Engkau menyerahkan aku, kepada orang asing yang mengusir aku atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Tetapi meskipun demikian aku redha asal saja Engkau tidak memurkai aku. KemaafanMu lebih besar, dari dosaku, aku meminta dengan Nur ZatMu yang menerangi semua kegelapan, dan dengannya menjadi baik urusan dunia dan akhirat, semoga aku tidak tertimpa kemurkaanMu dan azabMu. PadaMu sumber keredhaan, sehingga Engkau redhai aku. Tidak ada daya dan kekuatan selain dengan kekuasaan Engkau.

Doa untuk cepat tangkap dalam memahami ilmu

Maksud :

Ya Allah, ilhamilah aku dengan ilmu yang dapat menjadi alat untuk mengetahui semua suruhanMu.Dan dapat pula mengetahui semua laranganMu. Berikanlah kepadaku ya Allah, kefahaman yang mendalam dari para Nabi. Dan kefasihan hafalan para Rasul. Dan cepatnya ilham para malaikat Muqarrobin. Dan kurniakanlah kepadaku ya Allah, dengan cahaya ilmu dan cepat menangkap kefahaman. Dan keluarkanlah aku dari kegelapan keraguan. Dan bukalah untukku semua pintu rahmatMu. Dan ajarkanlah kepadaku rahsia hikmahMu, ya Tuhan semesta alam.

* Terkesan bila kak linda tanya semalam, “Awak ‘berdoa’ ke ‘baca doa’?”

Recipe for the Muslims

Assalamualaikum everyone,

Have you ever met a truly practicing muslim? not the common muslims but a really2 practicing muslim. who are nice, and smart and kind, and etc..when we look at them, we know that these are the people that are will be granted with gardens and rivers and castles in their heaven. No doubt that sometimes we envy them .dont worry, its ok to envy this people because envy for goodness is good. sometimes we wonder how do this people become like this. and thus we also wanna get a taste of it.so, today ive a little supprise for u. Daie recipe is no longer a secret recipe. now, you can bake it yourself. and taste it’s delicious smooth , indescribable delight. there are 10 ingredients for it. dont ever miss one because you wont get the same taste. Happy Cooking ^_^


1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.

· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.

· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.

· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.

· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

· Walaupun kaya, perlu bekerja.

· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.

· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.

· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).

· Menjauhi riba dalam semua lapangan.

· Menyimpan untuk waktu kesempitan.

· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.

· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.

· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.

· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.

· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.

· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.

· Pesanan al-Banna:

· Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.

· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.

· Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.

· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

9. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.

· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

· ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

· Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.

· Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.

· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.

· Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.