Archive for creative writing

Bila soalan ditanya..

Bila umur sudah menginjak dewasa

Orang mulalah tanya

Bila nak berumah tangga

Jawapan mudah tanpa suara

Hanya senyuman penuh makna

Bila sudah berumah tangga

Orang mulalah tanya

Nak honeymoon di mana

Nak bertemankan menara Eiffel

atau destinasi dalam negara

Belum sempat nak banyak bicara

Mulalah lagi orang bertanya

Anak pula nak berapa

Takkan habis bertubi-tubi sang pengantin kena

Jarang-jarang sekali orang bertanya

Agak-agaknya kita ni matinya bila

Mungkin takut dianggap tiada bahasa

Tapi orang kata

Kalau hendak seribu daya

Andai kena masa

Ikhlas nada suara

Mesti tak ada masalah punya

Bila dah di alam sana

Siapa nak teman kita

Mungkinkah al-Quran yang jarang-jarang kita baca

Sentuh pun hanya pada bulan puasa

Atau adakah amalan yang sedia

Untuk meneman kita

Sedangkan sepanjang hidupnya kita

Tak henti dari leka

Soalan seterusnya lagi berbisa

Sebab jawapan rasanya sama

Cuma cara laksana mungkin berbeza

Nak ke syurga atau neraka

Confirm tak ada yang nak ke neraka

Nama pun manusia

Cuma nak yang indah-indah sahaja

Tapi cukupkah bekalan yang nak dibawa

Tak sanggup rasanya bila fikir banyaknya dosa

Tapi kalau tak fikir tak boleh pula

Nanti makin leka kuasa 2,3 jadinya

Makanya,

Nukilan ini hanya sebagai peringatan buat semua

Lebih-lebih lagi diri ini yang selalu lupa

Perlu ada yang mengingatkan tiap masa

Bahawa hidup kita di dunia

Sedetik cuma..

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” [6:32]

“Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia)melainkan (sebentar saja) di waktu sore atau pagi hari.”[79:46]

“Dia mengatakan,’Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini.’” [89:26]

授業送配&制御

“Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya…”[10:5]

Dengarlah Duhai Temanku Sayang..

dari Tautan Hati lagi..

Temanku

Allah menciptakan manusia sama

Cuma amalan manusia itu berbeza-beza

Ada yang lalai dengan angan-angan

Ada yang tekun berusaha

Tentu nasib mereka berlainan

Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya

Kelalaian dibalas kegagalan

Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala

Kau diberi peluang membuat pilihan

Kau jua yang tanggung natijahnya

‘Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.’ (Surah al-Tin :4)

Sedarlah temanku

Kita musafir di dunia

Kita akan pulang kepada-Nya

Hidup di dunia akan ditanya

Adakah diisi dengan sebaiknya

Atau keseronokan semata-mata?

Mahukah kita hidup terhina?

Tanpa ilmu sebagai bekalnya

Kelak di sana rendah darjatnya

‘Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat.’ (Surah al-Mujadilah :11)

panjang lagi…

sambung lain kali..

nantikan… :-)