Assalamualaikum everyone,
Have you ever met a truly practicing muslim? not the common muslims but a really2 practicing muslim. who are nice, and smart and kind, and etc..when we look at them, we know that these are the people that are will be granted with gardens and rivers and castles in their heaven. No doubt that sometimes we envy them .dont worry, its ok to envy this people because envy for goodness is good. sometimes we wonder how do this people become like this. and thus we also wanna get a taste of it.so, today ive a little supprise for u. Daie recipe is no longer a secret recipe. now, you can bake it yourself. and taste it’s delicious smooth , indescribable delight. there are 10 ingredients for it. dont ever miss one because you wont get the same taste. Happy Cooking ^_^

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).
3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.
4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
· Walaupun kaya, perlu bekerja.
· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
· Menjauhi riba dalam semua lapangan.
· Menyimpan untuk waktu kesempitan.
· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.
5.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.
· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
· Pesanan al-Banna:
· Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.
7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
· Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
8. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
9. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
· ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.
10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
· Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
· Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
· Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
hairul Said:
on June 8, 2008 at 1:21 pm
Ada sepuluh? Waa, susah juga nak amalkan semua tu sekali gus.
Wat skit2 bley kan?
tunizyandalila Said:
on June 8, 2008 at 2:27 pm
sikit2, lama2 jadi bukit ^_^
hard_max001 Said:
on June 8, 2008 at 2:29 pm
mmg susah nak jadi org yang berjaya..tapi, bukannya mustahilkan?
hard_max001 Said:
on June 8, 2008 at 2:30 pm
http://sebuahkisahkita.blogspot.com
tunizyandalila Said:
on June 9, 2008 at 3:38 am
“So, verily, with every difficulty, there is relief. Verily, with every difficulty there is relief. Therefore, when thou art free (from thine immediate task), still labour hard. And to thy Lord turn (all) thy attention.” — al-Insyirah 5-8
basically from the ayat, we can see dengan kepayahan akan ade nyer kemudahan. And start believing that we can do it. because we are muslims.and muslims are the best ummah. ^_^
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.”[3:110]
Kalijogo87 Said:
on June 9, 2008 at 3:06 pm
waa.. izyan da ader blog.. bagus, teruskan guner alam maya sbg medah dakwah dan tarbiyyah… nak jadi muslim yang mukmin yang muttaqin memang payah.. tapi tak susah bagi orang yg bermatlamat jelas dan disiplin tinggi..
same2 la kite
Syahid aka Sunan Kalijogo
Tsurumaki Minami
iconan Said:
on June 11, 2008 at 12:57 pm
MUTIARA HATI….
Seorang Wali Allah terkenal, Ibrahim Adham menasihatkan: “Sesiapa yang berada pada waktu pagi hendaklah mensyukuri empat macam:
1) Bacalah Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menerangkan hatiku dengan nur hidayah dan menjadikan aku dari kaum mukminin dan tidak menjadikan aku dari kaum yang sesat.
2) Bacalah Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menjadikan aku ini umat Muhammad S.A.W.
3) Bacalah Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang tidak menjadikan rezekiku di tangan orang lain.
4) Bacalah Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menutupi segala keburukan (kejelekan) dan cacat cela diriku…..
eD Said:
on June 13, 2008 at 9:36 am
….x faham. banyak -_-”
xpe2. nanti sy blaja